Click Me Plzzzz

Monday, August 15, 2016

SUPERPOWER - Tagged by Deaday



~~)))SUPPA-PAWWAAAH(((~~

 Salam bulan kemerdekaan buat semua kawan-kawan mayaku sekalian, minna genki desu ka? (semua sihat ka?) ^^

Alright, let's just go straight to the point and talk about superpowers. First of all, arigatou DEADAY for the tag. Terharu jugalah aku apabila ditag oleh salah seorang daripada beberapa kerat nakama art-bloggers aku di kala aku tak berapa nak ada idea untuk merapu apa di dalam blog picisan aku yang semakin bersawang ini. Arigatou ne, MONami~ ;3

Baiklah, ya benar. Seperti kebanyakan orang lain yang pernah berangan-angan kosong untuk memiliki kuasa luar biasa (superpowers) lebih-lebih lagi selepas menonton mana-mana cerita fiksyen berkenaan golongan manusia superhuman (atau alien/half-alien mahupun mutant, whichever you prefer) yang memiliki pelbagai jenis superpowers, aku juga tidak terkecuali. If I have to choose only one superpower or super-ability, I think I would most probably go for..., teleportation (pengaruh dari cerita Heroes) X3

Bercakap mengenai teleportation, iaitu keupayaan luar biasa untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dengan sekelip mata (literally sekelip mata) tidak kira sejauh manapun terpisahnya kedua-dua lokasi tersebut, aku rasa mesti ramai orang lain juga tertarik dengan keupayaan yang satu ini. Mesti punyalah. Betoi dak Mon? It's just so wonderfully convenient compared to the other superpowers thought by us super-powerless, wishful-thinking humans. Pada aku la, lain orang lain la pendapatnya, kot. Heheh.

Lagi satu superpower yang cukup menarik perhatian aku ialah the superpower with no originality (wuttt hahaha), and that would be the power of copying others' superpowers, and by this I don't mean forcefully absorbing and ripping other people's superpowers off of their wielders like some super-dangerous, super-evil villain. I'm talking about Kaede's super-ability, Taiga's daughter (in the anime Tiger & Bunny). Asalkan dia tersentuh je mana-mana superhero, dia akan dapat guna superpower yang sama dengan superhero tu. Bila nak guna superpower yang lain pulak, dia perlu cari superhero dengan superpower yang lain, dan sentuh je orang tu. With this superpower, I would most definitely like to be friends with superheroes who can fly and teleport. Other than that, having super-strength, super-elasticity, and the ability to read minds would be great too sometimes.

Sekian dulu angan-anganku berkenaan superpowers. Thanks for the tag, Mon. Lama dah aku tak berangan separa-seriusu macam ni. Luls X3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Monday, July 11, 2016

Raya Ini - by plain83

Salam Syawal semua, dan  Selamat Hari Raya Aidilfitri. Terimalah lagu raya yang spontan dan very much amateurish ini daripada si plain83, sekadar lagu syok sendiri. *Sambung makan kuih semperit dan kerepek bawang*

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ (= ^w^= )

Thursday, June 16, 2016

Salam Ramadhan 2016

Salam pertengahan Ramadhan 2016 buat rakan-rakan mayaku yang dihormati sekalian. Amacam puasa kalian setakat ni? Seronok? Mesti la seronok, bulan puasa mana boleh tak seronok? Meheheh...

Chai dan Samsul adalah 2 daripada 23 watak rekaan krew BOTK (Buasir Otak : The Komik) saja, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun dengan yang sudah tiada. Nak kenal dengan watak-watak BOTK yang lain, dan nak baca komik-komik dari krew BOTK yang lain juga? Bolehlah anda visit dan like sekali page BOTK di SINI ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pasaram (short form for Pasar Ramadhan) ialah sebuah pasar makanan halal and ready-to-eat yang ada bermacam jenis juadah berbuka puasa dijual di sini. Apa yang membezakan Pasaram dengan pasar malam di bulan-bulan biasa tu ialah, di Pasaram, kita tidak akan nampak siapa-siapa makan atau minum sambil membeli makanan di sini (hehehe, biasanya tak ada la, biasanya), dan Pasaram juga lebih mengutamakan penjualan makanan halal yang melegakan perut yang sedang kelaparan serta tekak yang sedang kehausan. Barang-barang lain seperti ubat-ubatan tradisional, bahan-bahan mentah atau non-edible items seperti pakaian, mainan, bahan-bahan bacaan dan lain-lain tu tidak begitu kelihatan di sini (macam tak ada je). Target audience/customers bagi sesebuah Pasaram ialah, fasting Muslims. Baru-baru ini aku ada pergi ronda-ronda sambil mencari juadah berbuka (merangkap sahur sekali) di Pasaram Pokok Petai, Perlis. Antara juadah-juadah yang boleh didapati di sini adalah seperti berikut...,

Murtabak yang dikirim Chai tadi tidak dilupakan Samsul (hahaha). Aku tak minat murtabak, maka aku tengok je ;3
Popia basah dan minuman-minuman sejuk seperti air oren, lengkong, jagung, teh bunga dan laicikang. 
Otak-otak dan Sata.
Dari kiri: Udang sanggul, popia goreng dan... aku tak pasti nama dia apa, sejenis samosa la kot... hihu. Udang sanggul sedap, beli sikit...
Bakar-bakar pulak, daging bakar, perut bakar dan ikan Ketuka bakar.
Nasi kerabu ulam, ayam percik dan lauk-pauk beraneka jenis.
Ikan-ikan bakar dari jenis Tilapia, Keli dan Kembung.
Beraneka jenis lauk-pauk. Tapau sini je untuk lauk sahur nanti.
Gulai Keli dan ayam masak santan (tak pasti nama masakan ayam ni apa).
Kentang pusing goreng taruk sos keju, mayonnaise dan cili sos. Tergoda aku, beli dua cucuk. Lembut di dalam, rangup di luar, yang ni langsung tak liat macam biasa beli kat pasar malam, ohsem~ ;3
Cucur udang (atau dalam loghat Utara: Coqdang) dan kuah kacangnya.
Ayam goreng ala kepsi, bahagian badan dan leher.
Ayam goreng ala kepsi: bahagian peha, kepak dan pinggul (ya pinggul, aku tak nak sebut montot ayam). Tergoda aku, beli seketul...
Minuman sejuk berais yang menggamit para pembeli: Asam boi, sirap selasih dan teh bunga. Sungguh tergoda aku dengan teh bunga yang ada bunga tu. "Teh bunga satu, RM2 ya? Nak satu~" ;3

Sekian saja entri kali ini berkenaan Pasaram di Pokok Petai, Perlis. Pasaram di tempat kalian pula bagaimana? Banyak makanan yang menarik tak? Atau, kalian tidak tertarik dengan juadah-juadah yang dijual di Pasaram sana? ;3

Selamat berpuasa, bertarawih, membaca Al-Quran, menjaga tingkah-laku dan tatasusila dengan sebaik-baiknya di bulan penuh barakah ini. Semoga dapat kita terus istiqamah dalam beribadah dan menjaga tatatertib kita seperti seorang Muslim yang baik di bulan-bulan yang lain juga :)

P/S: Kenapa aku blur-kan wajah-wajah mereka yang ada di dalam gambar-gambar yang aku snap tu? Jawapannya, aku pentingkan privacy orang lain yang mana aku tidak meminta/mendapat keizinan mereka untuk mengambil gambar mereka. Sekiranya ada wajah-wajah yang "termasuk" di dalam gambar yang aku snap secara sengaja atau kebetulan saja, aku akan kasi blur. Sekian ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...