Tuesday, November 5, 2013

TEKNOLOGI - Memudahkan yang BAIK mahupun yang BURUK...

...maka pilihlah yang BAIK ^^

Salam ceria Awal Muharram buat rakan-rakan readersku yang budiman sekalian~ Minna genki desu ka? Ashita wa yasumi? (Semua sihat ka? Esok korang cuti?) ^^

Baiklah, entry kali ni, kita sembang-sembang ringan pasal teknologi smartphone serta adik beradiknya si android dan bukan android. Dikala zaman canggih manggih sekarang ni, ramai orang dari pelbagai golongan masyarakat dan usia rata-ratanya mempunyai telefon pintar, samada dari brand Samsung, Sony, BlackBerry, Nokia, Motorola, HTC atau mana-mana brand lain yang turut ada di pasaran. Ini adalah kerana telefon pintar sudahpun menjadi suatu device yang affordable dan jauh lebih murah berbanding zaman ianya mula diperkenalkan beberapa tahun yang lepas. Kalau dulu harganya main ribu-riban, sekarang bawah RM400 pun sudah boleh dapat yang elok dan memuaskan. Well, itulah perkembangan teknologi telekomunikasi yang digabungkan dengan dunia IT yang melibatkan rangkaian internet serta perkomputeran. Your smartphone is basically a mini computer, don't let it outsmart you though. Always make sure you disable data transfer after purchase, kalau memang tak nak internet dataplan. Kalau tak buat ni, memang diam-diam bil mencanak naik, atau prepaid boleh jap je kering di luar kesedaran korang hehehe... ԅ(≖‿≖ԅ)

Screenshot of my Sony Xperia M
Okies, aku boleh dok cakap pasal smartphone ni sebab bebaru nih aku beli smartphone baru, gara-gara smartphone lama aku (ada la sempat pakai selama lebih 2 tahun) terjatuh atas lantai marmar dan mengalami sedikit keretakan dalaman pada bahagian dalam skrin, justeru itu ianya terus mogok dan takmau respon apa-apa lagi pada sentuhan skrin. Tu lah, sapa suruh aku malas nak pakaikan dia protection casing kan? Padan la dia nak merajuk teruk dengan aku, kalau aku nak hantar repair dan ganti hardware dia ni, mau beratus jugak kena, maka dengan itu aku decide untuk beli model smartphone yang lebih terkini saja, iaitu Sony Xperia M, dengan harga RM750. Ya, aku memang suka brand Sony, sejak dari zaman dia belum separate dengan Ericsson lagi. Model lama aku tu Sony Ericsson Xperia Neo HD, yang sekarang sedang tidur lena di dalam laci meja bilik aku, setelah gigih berkhidmat selama lebih 2 tahun, tanpa protection casing. Oohhh, jahilnya aku yang dahulu, tidak menjaga kebajikan smartphone aku dengan sebaik-baiknya. Aku yang dahulu itu malas nak pakaikan casing sebab ianya akan sedikit menyukarkan aku untuk simpan smartphone dalam poket seluar atau sweater.

Berbalik pada diskusi berkenaan teknologi smartphone, teknologi ini membuatkan kita, manusia, senang untuk mendapat ekses kepada banyak maklumat, yang merangkumi perkara baik, dan juga perkara buruk, perkara-perkara yang boleh menambahkan pahala, dan juga dosa, dengan sekelip mata. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri, pilihan diri kita sendiri, bukan orang lain. Pilih yang baik, dapatlah kebaikan. Pilih yang buruk, dapatlah keburukan. Aku merujuk pada smartphone applications, yakni apps. Sebaik saja aku beli smartphone baru, aku akan connect dia ke internet, dan terus hit icon Google Play Store, untuk cari Top Free Apps yang awesome dalam kategori Books & Reference, Communication, dan Health & Fitness.


Kat atas ni, antara apps yang aku paling suka dan anggap ianya marvelous, iQuran Lite. Satu app yang menyediakan paparan ayat suci Al-Quran berserta tafsiran dalam bahasa Inggeris, yang turut membolehkan kita mendengar dan download audio bacaan setiap ayat dari Qari: Sheikh Husary, secara percuma. Bukan setakat itu saja, info hukum Tajweed secara asas pun ada dalam app ni, memang cukup rugi kalau tak download dan install app ni. Hebat kan? Dah siap install tu, rajin-rajin la guna, amalkan setiap hari, feed your soul nutritiously... (▰˘◡˘▰)

Tak clear? - Right click, pastu pilih Open link in new tab...

Baiklah, setakat ini saja perkongsian finding aku untuk entry kali ini, diharapkan ianya dapat memberi manfaat buat semua kaum muslimin serta muslimat sekalian yang masih belum kenal app yang marvelous ni~ (*^▽^*)

~Sekian, salam Maal Hijrah~
 
Jya matane koneko-tachi chan~ (=^w^=) 

25 comments:

  1. App yang ni memang benar-benar berguna. Kadang-kadang mana tempat yang aku pegi, tetiba ada buat majlis bacaan Yaasin, app ni banyak membantu aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mmg terbaiklah, free app pulak tu, ini baru benar2 tidak menjual agama... basic features dia yg free ni dah cukup lengkap, kalau nak full version dengan option bacaan dari qari-qari lain baru kena purchase, tu pun at a low price... mmg baguih la sapa yg buat app ni ^^

      Delete
  2. salam maal hijrah^^ wah best nye app quran tuu..pas neh bleh la amalkan stiap waktu lpg kan plain =)

    Jom la hafalkan surah waqiah n mulk, byk kelebihannya tau..ehe my faveret surah selain surah lain.. (=_+)v

    ReplyDelete
  3. Salam, Plain. Terima kasih kerana memberitahu app yang berguna ni. Tak perasan pulak ada benda ni kat Play Store tu. Nak jugak, nak jugak :) Bole la bawak dalam kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yunni chan~ hehe sesama, sila download dan amalkan sebaik mungkin :D

      Delete
  4. haaaaa... kannn.. macam macam ada... takde laa dok sibuk nak install game kendi keras dengan Tempe Run jer kan kan kan.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke... siyes aku tak install pun games, buat perabih bateri hoho... dulu aku main gak la greenfarm, skang aku malas nak start :p

      Delete
  5. Assalammualaikum...plain83,

    terima kasih.. bagus perkongsian nie... insaallah kalau pakai adroid boleh install al-quran nie...

    mselim3

    pls: datang daripada blog zamani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm mselim3 ^^

      sama-sama, alhamdulillah :)

      Delete
  6. yupp...bergantung kepada orang... hehehe..salam singgah ye

    ReplyDelete
  7. baru2 ni yumida baru beli tab 3
    masih kurang phm mengenai android segala
    tp syok jugak, blh tgk blog kat situ
    nanti nak ambik la software2 yg bez, yg bermanfaat pastinya memberikan kebaikan buat diri kita sendiri

    *hadiah haritu blh x ditukar kepada topup? coz aritu de try buat akaun paypal. x menjadik. so sekarang dah malas nak buat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul, banyak apps free yang best2 dan bermanfaat kat playstore tu, rugi kalo tak guna ^^

      wokeh sure, akan ditopupkan :D

      Delete
    2. oooowh thanks bebyk..
      yumida pengguna line celcom
      nanti nombor topup blh sent kat fb yumida?
      link fb: https://www.facebook.com/yumida.huda

      once again..tq so much :)

      Delete
  8. haah betol betol betol plain83. cik ana pon ms memula beli android ritu, ni la antara apps utama yg cik ana donlaod. pastu plak doanload kompas utk kiblat.. alhamdulillah gadget zmn skg byk jugak mmbntu kita utk mncari yg positif :)

    ReplyDelete
  9. salam sis.. nak maklumkan, insya Allah dlm masa terdekat Zam akan review blog ini.. sorry lambat, busy dgn kerja n assignment lately.. :) tguu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm zam, wokeh no hal, take your time~ ^^

      Delete
  10. Salam.. Itulah teknologi. They are meant to ease things. Tapi harus waspada dan fikir baik buruk akibat sebelum terus guna. software or apps macam iQuran sangat berguna bagi orang yang sibuk. Kat mana-mana pun boleh baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh betul waspada itu penting, scammers lagi ligat beroperasi di zaman serba canggih nih huhuu...

      Delete
  11. Of course la selain Quran, banyak apps yang bantu kita dalam kehidupan seharin, contoh cam apps KAYAK, senang nak survey tiket kapal terbang sebab dia filter semua syarikat penerbangan.

    Kalau apps Quran am guna QuranKareem, dia berbayar tapi rasa berbaloi sebab developer dia mesra pelanggan.

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)