Salam ceria readersku yang beraneka macam sekalian~ ^^
Anda suka makan ayam? Baiklah, entry kali ni nak ajak anda semua buat sup ayam yang sedap lagi menyihatkan, tanpa menggunakan minyak masak langsung. Ini adalah cara menyediakan masakan berasaskan ayam yang very awesome, healthy and tasty.
Sup ayam tradisi ini adalah recipe ori mak aku, yang mana bagi aku ianya 100x lebih sedap dan awesome jika dibandingkan dengan mana-mana sup ayam yang dijual di mana-mana restaurant. Rata-rata sup ayam yang aku jumpa kat kedai makan semuanya failed bagi aku, failed dari segi kesihatan dan rasa. Minyak mesti bergenang di permukaan sup yang agak clear warnanya (mesti sebab dia tumis bawang sebelum masukkan air, tolonglah jangan buat benda ni), dan sup rasa masin tahap (ada yang tahap macam lori garam terbalik), malah ada yang mempunyai sedikit rasa masam (mungkin sebab daun sup yang tidak segar telah digunakan), sungguh menyedihkan lagi menghampakan jiwa dan raga. Kanashii sugiru, naiteruso desu (very torturing, I feel like crying) (*TAT*)~
~Bahan-bahan~
ayam - seekor, potong 8
(potong 10 sekiranya besar)
(potong 10 sekiranya besar)
kentang - 5 biji, potong 4 setiap 1
(vertical + horizontal)
(vertical + horizontal)
bawang besar - 2 biji
bawang putih - 3 ulas
bunjut sup Adabi - 1 unit
bunga lawang - 2 kuntum
bunga cengkih - 3 kuntum
kulit kayu manis - ~ 5 cm
air - ~ 2.8 liter (cukup banyak untuk menutupi
permukaan ayam dalam kuali yang besar)
permukaan ayam dalam kuali yang besar)
serbuk Maggi secukup rasa - secukup rasa
garam - secukup rasa
kicap cair - ~ 6 sudu besar
Cara-cara:
1. Bersihkan setiap ketul ayam dari lapisan-lapisan lemak yang melekat pada daging ayam.
2. Masukkan ayam ke dalam sebuah kuali yang besar, kemudian masukkan air ke dalam kuali sehingga menutupi keseluruh permukaan ayam sepenuhnya.
3. Letakkan kuali berisi ayam dan air tadi di atas dapur dengan api sederhana besar. Masukkan sup bunjut Adabi, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau buat beberapa saat.
4. Sementara itu, potong sebiji bawang besar dan 3 ulas bawang putih untuk dikisar dengan mesin pengisar. Seterusnya masukkan bawang yang telah dikisar bersama sedikit air tadi ke dalam kuali yang sedang mereneh ayam tadi. Masukkan kicap cair, serbuk Maggi secukup rasa dan sedikit garam. Kacau buat beberapa saat.
5. Sementara menuggu ayam mereneh selama 40 minit, potong kentang dan 1 bawang besar untuk dimasukkan ke dalam sup kemudian.
6. Setelah 40 minit, masukkan potongan-potongan kentang ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Sup yang sedang mereneh harus dipantau dan dikacau dari semasa ke semasa.
7. Setelah 10 minit selepas memasukkan kentang, masukkan hirisan bawang besar ke dalam sup dan kacau selama beberapa saat. Kacau dengan perlahan-lahan menggunakan senduk yang tidak mempunya permukaan tepi yang tajam, agar tidak merosakkan textur kentang dan ayam.
8. Setelah 10 minit berlalu selepas memasukkan hirisan bawang besar tadi, sup ayam anda sudah siap dimasak, dan sudah boleh dihidang untuk dimakan bersama nasi panas atau oatmeal.
Total masa yang telah digunakan untuk memasak sup ayam sihat ini adalah 1 jam, yang mana daging ayam telah direnehkan selama 1 jam, kentang selama 20 minit (setelah 40 minit ayam direnehkan), dan hirisan bawang besar selama 10 minit terakhir, atas api sederhana besar (jika kuali anda mempunyai permukaan yang tebal atau heat conductivity yang kurang, sila gunakan api yang besar). Nisbah masa ini adalah formula sup ayam sihat yang perlu diikut dengan berdisiplin, barulah dapat textur daging ayam yang tidak liat semacam, serta kentang yang masak empuk seeloknya ^^
Sekian dulu entry buat kali ini, o-ryori de ganbatte ne (selamat berusaha memasak)~ ^^
To all Muslims, selamat berpuasa sunat pada esok hari sempena Nisfu Sya'ban. Boleh la cuba buat sup ayam ni untuk dijadikan juadah berbuka nanti ^^
To all Muslims, selamat berpuasa sunat pada esok hari sempena Nisfu Sya'ban. Boleh la cuba buat sup ayam ni untuk dijadikan juadah berbuka nanti ^^
Jya mata ne koneko tachi chan~ (=^w^=)