Saturday, May 31, 2014

Omurice dan Meow Meow?

Salam hujung minggu buat semua readers dan followers blog aku sekalian, okayhh aku kasi up entry selingan sekejap, a short break from updating about my Tokyo trip... lepas ni aku akan sambung dengan entry aku merayau di sekitar Harajuku, ne~ ;3

Today's lunch, aku bikin Japanese soft omurice (omelet rice)...
...dan kali ni, resultnya agak memuaskan dari biasa... mehehee~, am finally starting to get the hang of making the ultimate soft runny omurice yang challenging gila tuh, tapi runny omurice aku masih jauh dari menjadi, sebab bila aku belah omelet aku tu, isinya masih tidak runny, cuma sekadar lembut dan lembik... mo sukoshi, mo sukoshiiii, ganbatte yo jibun!~ (sikit lagi, sikit lagiiiii, teruskan usaha wahai diri sendiri!~) X3

Nak tau apa benda yang aku maksudkan ni dengan lebih jelas? Sila tengok video dari youtuber sabaoism1 yang aku tempek di bawah ni, ada seorang Japanese chef (KichiKichi's) yang pro gila tengah bikin runny omurice yang sangat awesome and challenging itu. Korang boleh juga baca entry omurice aku yang lepas...

Watch this on youtube if you can't watch it here ;3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Okeh, seterusnya aku nak kongsi cerita pasal kekucing kat rumah aku la pulak... ingat lagi Trikorra? Kucing betina tricolor (calico cat) yang datang ke rumah aku pada awal tahun ni dulu? Trikorra ni juga pernah jadi model dan pelakon aku untuk menjayakan sebuah sketsa pendek bergambar yang berjudul Kitty's Dream, Teh Vorld... hah, dah ingat belom? Owh... takmau check link yang aku bagi tu? Oh okaaayh takpa, tadak hal... ;3

Trikorra ni dah beranak masa aku tengah merendek jalan-jalan sambil mengusha sakura kat Tokyo pada hujung bulan Mac yang lepas. Anak-anak dia semuanya ada 4 ekor (3 females, 1 male). Yang warna putih tompok hitam tu je jantan seekor, yang lain semua gurlssss~ ;3

Gambar pertama kittinz Trikorra, taken sometime on mid April... ada klon Trikorra seekor, hehehe~ ;3
Gambar terkini, kittinz dah besar sikit, kuat makan, mak dia tengok ja kat tepi... yang sedihnya tinggal 3 ekor jer sekarang, sebab yang warna putih tompok cicak (brownie) tu hilang around last month, hilang tanpa kesan... disyaki dia dah kena makan dengan biawak comodo, yaa... kat laman rumah aku ada beberapa ekor biawak comodo liar yang selalu merayau-rayau mencari makanan dan mangsa, si brownie tu pulak paling 'slow' jika dibandingkan dengan siblings dia yang lain... :'(
Om nom nom nom...
Yang rupa sebijik macam mak dia si Trikorra tu, aku namakannya Neki. Nama Neki tu sempena "maneki neko", iaitu kucing tricolor yang dipercayai membawa tuah... hahah ;3
Yang warna putih kelabu tu Jana, dan yang putih hitam tu Mali.... akak-akak aku yang pilih 2 nama tu... haha~ ;3
Kittinz ni semua manja betul dengan kami, aku notice yang paling manja dengan aku ialah Neki... mungkin dia tau aku yang bagi nama kat dia, dan dia suka dengan nama tu, mungkin... hahah~ ;3

( ̄▽ ̄)ノ"

Okeh, sekian dulu cerita terbaru aku pasal kekucing aku nih... nantikan entry aku yang seterusnya, aku akan update pasal Harajuku, dan kebab ayam halal yang aku beli kat sana, ne~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Saturday, May 24, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 3)

Salam ceria Sabtu buat semua readers dan followers blog aku yang supa-duppa awesome sekalian~ Minna genki ka na~ (Semua sihat ka haa~) ;3 

( ̄▽ ̄)ノ"

Baiklah para peminat bunga sekalian (especially cherry blossom lovers), sepertimana yang telah aku janjikan dalam entry aku yang lepas, kali ni aku hidangkan kalian dengan gambar-gambar bunga sakura (bunga ceri) yang terdiri dari beberapa spesis, berkembang mekar di Shinjuku Gyoen National Park, Tokyo pada tarikh 30 Mac 2014. Tapi maaf sikitlah, ada kekurangan pada gambar-gambar yang aku tangkap ni, sebab hujan telah pun turun pada hari yang aku berhanami ni, dan ada ribut yang kuat telah melanda taman ini. Banyak payung pengunjung yang rosak dan hampir diterbangkan oleh angin ribut yang melanda. Seriously, ini memang satu pengalaman yang agak di luar jangkaan aku betul, belum pernah aku tengok "ribut sakura" atau apa-apa ribut yang berlaku di taman bunga sebelum nih, melihat kelopak-kelopak bunga sakura yang banyak berterbangan di sekeliling aku, marude ano Kuchiki Byakuya wa Zenbon Zakura wo hanashiteta mitai ni na~ (seperti itu Kuchiki Byakuya telah melepaskan Zenbon Zakuranya laa~)... ohkayyy hanya peminat anime/manga Bleach saja yang paham maksud ayat nih, hahahah~ ;3

Sebelum kami sampai ke taman ni, Mr. tour guide ada tanya kami kat dalam bas, "So what is the national flower for Malaysia?", maka ada beberapa orang jawab soalan pakcik Nippon tu (termasuklah aku), "Bunga Raya, Hibiscus~", lepas tu dia balas, "Oh? the Hibiscus?? I see, now do you know what is the national flower for Japan?" Aku diam jer, dan ada orang tanya, "Sakura?", dan Mr. tour guide pun jawab, "Nooo, it's the Chrysanthemum". Wah... sungguh tak ku sangka... hahah~ XD

Pink sakura... sakan bloomingnya...

Sunday, May 18, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 2)

Salam ceria Ahad yang sedikit mendung (kat tempat aku la) buat semua readers dan followers blog aku yang budiman dan comei sekalian, semua sihat? ^^

 (〜 ̄▽ ̄)〜

Okeh, sepertimana yang telah aku janjikan di entry blog yang lepas, kali ni aku bercerita pasal Odaiba lagi, focusing on Gundam Front statue (RG 1/1 RX-78-2 Gundam Ver.GFT, white mobile suit), yang menjadi landmark awesome bagi Official Gundam Cafe di Odaiba ini. Saaa Gundam fans, enjoice! (enjoy + rejoice)... LoL~ (≖‿≖)*☆

Gundam Front statue, model RX-78-2, pada skala 1:1 (RG 1/1)... kalau dia ni bebetul wujud, sebesar inilah ia... hohoo)...

Tuesday, May 13, 2014

Tokyo trip: Day 3 (part 1)

Woot woot, salam ceria public holiday sempena Wesak Day buat para readers dan followers blog aku sekalian~ Minna genki desu ka? (Semua sihat ka?) ^^

o(〃^▽^〃)o

Okies, dalam entry ni anda akan mula melihat bunga sakura yang sedang berkembang mekar, tapi cuma satu spesis saja la dulu... dalam entry Day 3 part 3 nanti, barulah aku akan tunjukkan bunga-bunga sakura yang terdiri daripada beberapa spesis, yang terdapat di Shinjuku Gyoen National Park, Tokyo. Untuk entry yang ni, aku bawa korang ke Odaiba dulu, jom kita tengok apa ada kat sini... hehee~ Aku mula story dari masa aku breakfast kat hotel Fresa di Kamata dulu, sebelum bertolak ke Odaiba ;3

Asa meshi (breakfast) at the hotel before departing to Odaiba, sarapan mesti pulun kaw-kaw punya, nak menapak agak jauh hari nih ;3...

Wednesday, May 7, 2014

Tokyo trip: Day 2 (part 3)

Salam ceria dan Happy May buat semua readers dan followers blog aku sekalian~

(✿◠‿◠)

Aah, bulan Mei datang lagi, dan kemudian tidak lama lagi datanglah bulan Ramadhan pula, maka... mana-mana yang belum selesai meng'qadha' tu, eloklah jangan ditangguh-tangguhkan lagi (peringatan buat diri sendiri jugak ler... tehee~) (^v^)

Wokeh, entry kali ni masih berkenaan kisah jalan-jalan aku di sekitar Tokyo pada hujung Mac yang lepas, yang mana kali ini aku bawa anda ke Gotemba pulak, yang terletak tidak jauh dari lokasi Mount Fuji. Kat sinilah tempatnya shopping outlet bagi barangan berjenama, dan dari sini masih boleh mengintai gunung Fuji~ ;3 

Gotemba desu~ ;3...