Friday, August 28, 2015

Some random updates...

Salam ulang-tahun kemerdekaan yang ke-58, dan salam ringgit jatuh...

Update #1 - Aku baru baik (tapi masih lagi batuk sikit-sikit) dari demam. Last week aku demam sebab sekarang boleh dikatakan musim demam, maka sistem imun badan aku yang berada dalam kategori agak lemah ni memang agak mudah nak mengalah dengan virus dan bakteria. Also, aku perlu lebih berdisiplin dalam mencuci filter kepada air-conditioner bilik aku dengan lebih kerap dan konsisten. Bleargh...

Update #2 - Ingat lagi tak dengan entri aku dulu berkenaan cara-cara nak elakkan kekucing anda dari memanjat dan melukis di atas kereta anda? Dan method apa yang aku pilih untuk menangani masalah tersebut? Well... just recently aku terpaksa mengalah juga dan mula menggunakan semula penutup/selimut kereta (car cover) setelah sekian lama aku melupakan bendalah tu. I have to stick to the old routine of allowing my car to be "used" by stubborn animals. 
Just bought a new car cover recently, replacing the old one.
I still feel that it's just wrong to practice that mendokusai (troublesome) daily routine of covering and uncovering my car just to avoid having paw prints and minor scratches on my Ken (yes, I name my kelisa Ken, lulz), but a more formidable enemy has appeared out of nowhere, and it has taken a rather severe liking towards my poor Ken. And so, covering my Ken has become the best solution so far, as this protects Ken's pride against the dirty and evil hands of the new enemy... A MONKEY. KERA. BERUK. A rogue, master-less, creepy, cheeky, semi-fearless monkey. Kadang-kadang dia meroyan, Ken akan jadi mangsa dia. Side mirrors akan dibengkok-bengkokkannya, cermin tingkap dan badan Ken pulak akan kelihatan berselut dan kotor. Ah, sungguh durjana perbuatan si kera sumbang dan tidak bertuan itu. Ada spekulasi mengatakan yang kera itu sebenarnya berminat dengan hiasan Doraemon dan Totoro yang ada di dalam kereta aku tu, jadi, kesan kotoran dan cermin sisi yang bengkok tu, juga mana-mana lining getah kereta yang terkopek kat luar tu, adalah hasil dari "effort" si kera untuk cuba mendapatkan hiasan (plushies and keychains) yang ada di dalam kereta aku tu. OMAIGAD. Kera ni serupa perangai budak kecil yang buas dan degil, suka dan tertarik pada apa-apa item yang nampak comel macam mainan. Dia nak ambil jugak-jugak, kata tak boleh tak paham, bila kena sound, buat derk. Acah-acah konon nak kasi rotan, dia lari naik ke bumbung rumah sebelah, lepas tu melompat terus panjat pokok kelapa. Until today, kera itu masih tidak dapat ditangkap dan kadang-kadang dia akan muncul di kawasan kediaman aku ni, mengutip dan memakan apa-apa buah yang ada pada ketika itu, berkongsi (atau berebut) dengan para tupai, musang dan kelawar buah. Setelah aku mula menyelimuti Ken dengan car cover, barulah Ken tidak lagi kelihatan seperti satu objek buli pada si kera tersebut.  

Update #3 - Laptop Compaq 14" lama aku sudah di-upgrade, kasi tambah RAM dan tukar hard drive. Hasilnya, wow... marvelous, macam laptop baru, maka tak jadilah aku nak beli laptop baru dalam masa terdekat ni. Laptop lama sudah diberi nafas baru, makin bertambah sayang laaa aku nak berpisah dengan dia. No more hanging/freezing incidents, and more multi-tasking is possible with such bliss. Also, banyak betul kenangan manis aku dengan laptop Compaq aku tu, priceless memories together. Banyak lagi benda yang aku ingin capai bersama-sama dengan dia. Lulz (ada serupa gaya hoarder tak? haha nooo... this is a different kind of lurve yaow, the more pure kind... lullllz~) ;3

Sekian dulu updates yang aku rasa nak share dengan korang yang aku kenal mahupun tidak kenal, updates lain aku nak simpan buat pengetahuan aku dan golongan tertentu sahaja, nee~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Wednesday, August 12, 2015