Tuesday, October 20, 2015

Mini GA Contest: Cari Perbezaan dalam Lukisan

Salam 'jerebu kembali melanda' buat semua kawasan yang terlibat... huhuu~

Baiklah, kali ni aku mahu anjurkan sebuah 'mini giveaway contest' yang simple saja. Hadiahnya juga simple saja, sedikit souvenirs dari Padang Besar yang berupa keychains dan fridge magnets. 

Okeh, syarat-syarat Mini GA Contest ini mudah gila. Bagi yang berminat untuk join, anda cuma perlu:

1. Follow this blog. I'll follow your blog too if you have one.
2. Perhatikan 2 buah lukisan suasana kedai runcit old-school yang tipikal di bawah, dan cari perbezaan di antara kedua-dua buah lukisan aku tersebut.


Saturday, October 3, 2015

Merendek Padang Besar di kala petang...

Salam Oktober yang masih berjerebu buat semua warga Malaysia sekalian huhuhu...

Petang semalam aku telah pergi merendek ke Padang Besar sekejap bersama mak saudara dan dua orang sepupu aku yang ohsem. Dah lama jugak aku tak pergi merendek sana, curious jugak aku nak tengok apa perubahan yang telah berlaku di sana sejak kali terakhir aku ke sana (entah tahun bila, aku dah tak ingat), maka aku pun join sajalah aktiviti dan misi diorang mencari pokok-pokok orkid baru serta makanan-makanan sedap yang special di Padang Besar itu :D

Dah sampai Padang Besaq. Aku tak bawa digicam aku sekali, maka aku snap pics guna smartphone aku saja.
Sampai sini dah boleh rasa macam berpijak di bumi Thailand. Para peniaganya mostly Siamese and Siamese Muslims yang rancak bersembang dalam bahasa Siam...