Welcome minna-san to my cincai bloggie land (notice the tri-lingual attitude there? Bear with it... ) :D
Wednesday, September 28, 2016
Saturday, September 17, 2016
Janjiku Tetap Dikota - Blog Review
Salam ceria September buat semua rakan mayaku sekalian, semua sihat? Seronok beraya haji dan bercuti tempohari? Banyak dapat makan daging korban? :3
Baiklah, entri kali ini ialah entri di mana janjiku pada tahun lepas akan dikotakan jua. Janji tetap janji, janjiku ialah sebuah janji yang dikota (seboleh-bolehnyalah, akan aku cuba juga...). Akhirnya pemenang teka-teki gambar di dalam entri WW#15 aku itu muncul juga dan memberi jawapannya berkenaan hadiah blog review yang ditawarkan oleh aku itu. Setelah mendapat kata setuju @ green light dari Gee Lion (tuan empunya blog Diari Dandelion) tempohari, akan aku review blog beliau di dalam entri ini. Sekalung tahniah diucapkan buat pemenang yang berjaya meneka nama bunga yang cukup old-school dan elegant ini, Kemuning namanya. Hanya jauhari mengenal manikam, begitu juga dengan para bunga. Si Dandelion juga bisa mengenal si Kemuning (wakaka...) X3
Subscribe to:
Posts (Atom)