Saturday, May 20, 2017

Korea trip, Day 1 - Seoul

Myeongdong street food, Seoul. Aku suka kuih Taiyaki versi croissant ni, machiso! (sedap!) X3

Salam weekend buat semua readers yang ohsemz, diharapkan anda semua sedang sihat dan baik-baik saja di sana sambil membuat persediaan sebelum tibanya bulan puasa, tinggal beberapa hari saja lagi nak masuk bulan Ramadhan ni~ X3

Baiklah, aku mulakan cerita hari pertama aku merendek jalan-jalan Korea Selatan hari tu, bermula dari dalam flight AirAsiaX. Flight kedua kitorang (me and my sis) dalam trip ini adalah dari KLIA2 ke Incheon, Korea Selatan. Duduklah diam-diam selama 6 jam lebih sambil tidur-tidur ayam, makan nasi lemak AirAsiaX dan minum air kosong.

Dalam flight AirAsiaX dari KLIA2 ke Incheon. Seperti biasa, for international flights, passengers perlu isi 2 borang penting ini dulu sebelum mendarat (atau sebelum nak berjalan masuk ke kawasan imigresen di airport sana). Nanti nak kena serahkan pada immigration officer kat airport sana.
Early glimpse of Korea. The suspense~ X3
Landed safely at Incheon airport. Alhamdulillah :D
j
Tour guide (Fahmi, budak Melayu, baik budaknya) jemput kitorang dari airport, kendian kitorang bertiga pergi naik van Starex yang dipandu oleh ajjushi (pakcik Korean) menuju ke Myeongdong, Seoul.
Dah selesai check-in hotel Loisir, me and my sis pun terus turun dan merayau area Myeongdong ni cari makanan halal dengan Fahmi, tour guide kitorang.
Singgah sini sekejap, nampak macam menarik... ada kek/roti telur dan makanan bergoreng yang halal.
Ahaa! Ya, aku recognize itu doll/plushie pink octopi tu, glamer natang tu dalam K-drama cerita The Legend of the Blue Sea.
Halal grilled/baked cheese, 3000won (lebih kurang RM12). Takpalah, tak rasa nak makan grilled cheese. Next...
Steady ajjushi ni bakar chestnuts and ginkgo nuts.
Yasss ini aku mau... cold fresh strawberry juice, one cup please! 4000won? Okies, thanks~ ;3... Harga standard la ni, kalau kat Tokyo (tahun 2014) dulu, harga fresh strawberry juice ni 500yen/cup. Lebih kurang je harganya, around RM16-20.
Slurppp, ahh nyaman tekak dengan fresh strawberry juice ni, stok vitamin C. Hahaa... OK kita merayau lagi 'pasar malam' Korea ni, tengok apa yang menarik ;3
Bergambar sikit kat area Seoul street food ni, buat gambar kenang-kenangan X3
Yasss ini aku mau juga, croissant Taiyaki. One red bean filling, and one cream cheese filling please~ ;3
Masuk restoran Busan Jib, Halal restaurant yang disyorkan oleh Fahmi. Kat luar restoran ni siap ada tulis dalam bahasa Melayu: Ikan Bakar, Asam Pedas.
Aku ordered Abalone porridge... (sebab aku curious nak rasa Abalone kat sini) X3
My sis ordered bibimbab (nasi campur lauk kat atas).
Side dishes yang turut diberi untuk dinikmati bersama - bilis halus goreng, telur goreng, kimchi kobis cina, crunchy seaweed, dan kuah pencicah (macam kicap campur cili).
Squid pajeon (pancake). Basically this is lempeng tepung campur sotong dan daun kucai.
Gambar-gambar para pengunjung lain yang ceria menikmati makanan di sini.
Dah settle makan malam, kitorang pun ucap "Byebye, jumpa esok!" pada Fahmi (tour guide), dan kendian pergi skodeng baju-baju sikit dalam kedai baju yang ada kat tepi hotel ni.
Berehat dalam bilik hotel. Bila dah lewat sikit, lapar balik... so, makanlah croissant Taiyaki yang dibeli waktu petang tadi. Sedap ni, aku suka~ X3
Aku lupa nama kuih kek/roti manis letak telur ayam ni. Galempang ke apa ntah namanya... tak sedap sangat pada aku, biasa-biasa je.
Sambil-sambil makan ni, nak juga tengok TV kat Korea ni, apa cerita... eh, subtitle takdak, tak paham apa dia kata... remote mana remote? Nak kena tekan button subtitle...
Hamik kau remote.., semua tulisan Hangul. Tengok remote ni pun kitorang tak paham. Hahah... lepas godek-godek tekan-tekan ni pun tak jumpak option subtitle... X'D
Elok la tu... sesuai sangat la ekspresi muka watak cerita ni time ni dengan situasi blur kitorang. Watak ni tengah bercakap dari dalam penjara, cerita apa tak pasti. Tengok TV kat sini kena bajet paham-paham sendiri je lah... *sobs* X'3. Yelaaah, salah kitoranglah kan tak belajar Hangul dulu sebelum datang merendek sini :'3

Okies, sekian dulu entri blog untuk trip Korea aku buat masa ini. Sambungannya akan datang dalam masa beberapa hari lagi, InsyaaAllah. Gidalyeojuseyo (Mohon tunggu)~ ;3

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

11 comments:

  1. Roti telur tu nama dia gyeran (gyelan) pang. Hahaha. Literal translation. Kat malaysia pun ada jual roti tu walaupun mungkin versi cetak rompak. eh? nggggggeeeeeehhhhhh... More food please.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaas thanks monamieh, gyelan(egg) pang(bread), gyelan pang! XD

      Delete
  2. wahh..tengok gambo makanan time bulan puasa ni..telan ailio..hihi..Myeongdong mmg best, byk street foods..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Myeongdong juga ada street market tempat jual souvenirs, baju dan barang2 harian yang agak murah2, boleh borong souvenirs kat market tu hehee~ ;3

      Delete
  3. Pergi negara orang memang takda la nak tengok tv sangatkan. Langsung tak faham apa yang dicakap. Yang perlu diutamakan adalah bab makan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohoo bab makan memang kena jaga, mesti cari yang halal ;3

      Delete
  4. wow nice sis.. menarik
    baik si fahmi tu ya..memng ambik dia sbgai tour guidge ke?
    btw yang strawberry tu nampak sedap..harga pun boleh tahan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sob ;3
      Yep, memang dah booking personal tour guide ni dari Malaysia lagi. Sampai je kat sana, tour guide dah tunggu di airport ;3
      Strawberry juice tu memang fresh dan sedap :D

      Delete
  5. Tak pernah jejak kaki kat korea, tapi baca blog awak pun cukup laa T_T

    ReplyDelete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh ya... for new followers, please drop a comment saying Hi or any form of greeting ya, dengan itu barulah si plain83 ni boleh view blogger profile kalian dan follow blog kalian kembali :D
P/S: Inappropriate and obscene blogs won't be entertained though, harap maklum (^^,)