Click Me Plzzzz

Monday, August 14, 2017

Korea trip, Day 3 (Part 2) - Jejudo

Salam pertengahan Ogos buat semua readers yang sempoi sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan sejahtera selalu di mana sahaja anda sedang berada ;3

Baiklah, entri kali ini ialah entri bahagian kedua (dari tiga bahagian) berkenaan aktiviti jalan-jalan dan makan-makan aku di Pulau Jeju (Jejudo), South Korea, together with my sis and our hired personal tour guide (cik Raihan, comel dan baik budaknya) to show us around Jejudo for 1 day. 

Jejudo ada ramai 'stone men/guardians', maka souvenirs yang ada dijual di sini kebanyakannya berbentuk  'mini stone men' yang sayangkan Jejudo. Iconic sangat :D

Okeh, dalam entri ini, aku akan highlight dua lokasi, iaitu Haechon (sea villages) seafood restaurant, dan Seongsan Ilchulbong, UNESCO Triple Crown of Jejudo. Kita sambung jejak perjalanan dari entri yang lepas...

Haechon (sea villages) seafood restaurant. Yasss, masa untuk menikmati makan tengahari setelah penat bercanda di pasiran pantai dan juga ladang barli.
Kitorang duduk kat meja tepi tingkap dalam restoran ni, dapat tengok lokasi menarik nun di kejauhan sana yang bakal dikunjungi japgi, after lunch.
Let's take a look at the menu, pilih apa yang menarik dan mengenyangkan...
Only words and numbers, no pictures. Nasib baik ada cik Raihan, dia suggest kitorang order Seafood Stew (sebab ada banyak jenis seafood dalam masakan tu), maka dapatlah kitorang merasa banyak benda best dalam satu jenis masakan. Dia dah pernah makan seafood stew ni, sebab tu la dia tahu apa yang ada dalam masakan ni secara spesifik (siap tunjuk gambar dish ni dalam smartphone dia lagi kat kitorang). Baguih betui, camni la tour guide, awesome *thumbs up* ;3
Haechon's seafood stew, small size, 35000 won (about RM140) plus other side dishes and rice. Jenuh jugak la kitorang nak menghabiskan lunch ni, makan setakat mana yang boleh muat perut la. Fresh gila ni, seriously... (abalones and clams were still alive before the stew started cooking... huhuhu).
This seafood stew contains fresh local abalones, clams, mussels, crabs, prawns, conch, octopus, squid, straw mushrooms, leeks, Chinese cabbage, white radish, onion, beansprouts, and spices. The taste? Awesome. Jeju in a hotpot. Customer service pun awesome, ada staf restoran datang potongkan sotong, kopek dan potongkan ketam, dan juga keluarkan isi siput semasa stew sedang dimasak kat atas meja ni.
Dah selesai malahap makan, kitorang pun mula bergerak untuk meneruskan agenda hari ini. Sebelum tu, kita usha-usha dulu hidupan marin yang dibela di sekitar premis restoran ni... ;3
Sea breams, flounders (flat fish), mackerels, sea squirts and abalones. All of them seafood are looking quite healthy and delicious.
Sempat bergambar kat kawasan belakang restoran ni sekejap, layan view pantai dan Seongsan Ilchulbong di kejauhan sana.
Ada bekas tapak kaki kuda di pasiran pantai. Masa tengah lunch tadi, kitorang ada nampak beberapa orang naik kuda lalu kat sini.
Okay last picture kat belakang restoran ni, udah-udah la melepak sini sambil tengok Seongsan Ilchubong dari jauh, it's time to get in the car and go there for real. Get ready to burn some calories doing some minor 'climbing'...
Welcome to Seongsan Ilchulbong - UNESCO Triple Crown - New 7 Wonders of Nature. That sounds grand.
New 7 Wonders of Nature - Global Geoparks Network - Patrimoine Mondial.Patrimonio Mundial.World Heritage.
Sebelum pergi 'mendaki', kitorang pergi mendapatkan informasi berkenaan Seongsan Ilchulbong ni dengan lebih lanjut dari 'interactive information center' yang ada di sini...
Ya, Korea dan teknologi digital berpisah tiada, Samsung di mana-mana. Okay, thanks for the in-depth information regarding Haenyeo, the amazing women divers of Jejudo. Sekarang, jom kita pergi mendaki. 



What makes this place so amazing and grand: 

"Seongsan Ilchulbong Peak rose from under the sea in a volcanic eruption over 100,000 years ago. Located on the eastern end of Jeju Island, there is a huge crater (<-- click that to see the aerial view, and be amazed) at the top of Seongsan Ilchulbong Peak. The crater is about 600m in diameter and 90m high. With the 99 sharp rocks surrounding the crater, it looks like a gigantic crown. While the southeast and north sides are cliffs, the northwest side is a verdant grassy hill that is connected to the Seongsan Village. The ridge provides an ideal spot for walks and for horse riding as well. The sunrise from the crater is magnificent. Also, the Seongsan Ilchulbong Peak surrounded by bright yellow colored canola flowers in the spring is truly a sight to behold" - Source: VisitKorea
Untuk teruskan perjalanan dari sini, kena beli tiket dulu. Berapa won entah harga tiketnya, aku tak ingat dah sebab tour guide yang pergi belikan (termasuk dalam pekej itinerary kitorang).
It's time to burn some calories, jom menapak mendekati puncak Ilchulbong! Nasib baik dah lunch kaw-kaw tadi, nak guna banyak tenaga nih. Oh hey I see some stone men over there, Jeju's iconic stone men/guardians.
Aku jalan rilek-rilek je kat belakang ni, sambil menikmati tarikan semulajadi yang indah persis pelancong yang tipikal... heheh
Ahaa! Inilah jenis-jenis tarikan yang ada di sini. Boleh juga tengok Haenyeo (Korean women divers) pergi menyelam memungut hasil laut kat bawah sana.
Alamak... takde rezeki nak tengok Haenyeo Performance, terlepas 'waktu operasi'. Huhuh, usha-usha dari jauh je la...
Haenyeo dan boating activity ada nun di bawah sana. Kitorang tak turun pun, setakat tengok dari sini je, enjoying the view. Kalau turun masa ni pun bukannya boleh tengok Haenyeo menyelam kutip hasil laut...
Tengok Ilchulbong dari sini jer dah la, kitorang dah agak kesemputan... hahah, well lepas ni kitorang nak pergi memanjat kat bukit lain pulak wahahaaw (dah semua nak buat dalam satu hari je, macam ni la jadinya...).
Melihat boat tiba di jeti setelah selesai satu sesi boating activity mereka...
Macam hebat je tengok cara dia parking boat kat depan jeti tu, laju je tadi dia kona boat tu (refer to above picture).
Layan view dari sini pulak, ramai dok pakat bergambar kat sini...
Jauh jugak la kitorang dah menapak dari bawah tadi...
Kalau nak sambung lagi naik ke atas, risau tak sempat nak kejar masa untuk ke lokasi seterusnya dalam itinerary kitorang pulak... layan view dari sini je la...
Bergambar dengan bunga-bunga liar yang berwarna purple di sini, seperti kebanyakan pengunjung yang lain...
Close-up sikit dengan bunga-bunga purple ni, sweet je rupa dia... ada benih di dalam kantung, macam kacang hijau...
Masing-masing sibuk ambil gambar bunga liar kat sini, tour guide pun rasa kelakar... hahaha
Selain bunga purple, bunga putih pun ada di sini, tumbuh meliar secara semulajadi. Okay, jom turun... parli, parli (cepat, cepat)...
On the way down, tetiba... Oh? Apa tu? What's this interesting sight? Matahari pada batu? Melihat matahari dari celah batu?
Time of Sunrise... ah, I see... info ini ada kaitan dengan aktiviti melihat matahari terbit dari puncak Ilchulbong. It is said that the sunrise from the crater is magnificent. Waa... must be really nice to be able to see something like that~ ;3
Okay, ini last gambar bunga kat sini. Baunya sangat wangi and strangely very familiar, macam bunga kemuning tapi bukan, dan baunya sangat wangi dan kuat. Probably a relative to kemuning.
Wajib masuk souvenir shop kat sini dulu sebelum bertolak ke lokasi seterusnya. Ramai betul 'Jeju stone men' yang cukup iconic itu ada dalam kedai ni, pakat jadi souvenirs yang akan dibeli oleh tourists (termasuk aku) dari serata dunia yang akan membawa mereka pulang ke negara masing-masing. Glamer betul kaum kerabat penjaga Jejudo ni.
Other than seafood, ni lagi satu local produce of Jejudo yang popular. Oranges. Haih... menyesal aku tak beli, dah balik ke Seoul esok tu baru timbul rasa teringin nak makan limau Jeju, and now I'm hating myself everytime I look at this picture.... haih. Gosh, why didn't I buy any of these Jeju oranges, should have bought a few of those yummy-looking small ones... >:(

Alright, sekian dulu entri aku jalan-jalan Jejudo setakat ini, nantikan entri Day 3 (Part 3) yang akan muncul dalam masa beberapa hari lagi, InsyaaAllah. You'll be seeing more of Jejudo, and more of the amazing awesomeness that she has to offer ;3

My previous Korea trip entries:

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

8 comments:

  1. seafood stew..wahh..so fresh..abalone tu yg diver pompuan suh kitaorang makan live..idok le teman..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sis, saya pun takde cuba yang mentah2, kecuali seaweed kat pantai :P

      Delete
  2. seafood!!! seriyes plain menatang2 tu smua hidup lagi masa nk masak tu? =P
    tour guide dah lali dah tgk gelagat pakat begambor dgn bebunge liar tu smua hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abalones dengan clams je la yang kena masak hidup2 tu, menatang2 yang lain tu pulak dah 'selamat' dah, takde gerak2 dah... huhuu, rasa bersalah jugak la gua tengok, tapi apakan daya :'(

      Delete
  3. cantik2 view ya. yg makanan tu, 'small' size sebanyak tu? memang jenuh nak habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak dapat habiskan pun, huhuu... puas makan seafood stok untuk beberapa bulan sekali hadap :D

      Delete

Ada nak kata apa-apa yang bernas lagi kreatif? Kamon, kamon~
Oh, btw... Anonymous are NOT kewl at all, highly UNattractive, LoL~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...