Click Me Plzzzz

Monday, July 31, 2017

Korea trip, Day 3 (Part 1) - Jejudo

Salam hujung Julai buat semua readers yang sempoi sekalian, diharapkan kalian semua sedang sihat dan sejahtera saja di luar sana ;3

Baiklah, entri kali ini ialah entri bahagian pertama (dari tiga bahagian) berkenaan aktiviti jalan-jalan dan makan-makan aku di Pulau Jeju (Jejudo), South Korea, together with my sis and our hired personal tour guide (cik Raihan, comel dan baik budaknya) to show us around Jejudo for 1 day  ;3
 
Me, poking softly (using some unlucky gastropod as a tool) at some kind of a soft coral or sea anemone species at the rocky shores of Seongsegi beach during low tide. They squirt water out of their bodies and shrink when they're surprised, how gwiyeo (cute)~ X3

Okeh, aku mulakan entri ini dari Gimpo airport, Seoul. We (my sis and I) arrived here around 9'ish am, setelah bertolak dari Myeongdong dengan menaiki van Starex.

Gimpo airport, Seoul. Dari sini, kitorang nak terbang ke Jejudo, dengan menaiki flight Korean Air.
Tunggu kat depan gate, tingkat atas. Awal lagi ni, Gate 10 untuk flight kitorang tak buka lagi. Usha-usha keadaan sekeliling dulu, tengok gelagat orang tempatan ;3
Bergambar jap, oh ada geng aweks Korean cun kat belakang tu, geng baju biru (serius cun macam retis). Kat depan aku ni pulak ada sorang anak Korean (cheeky little boy) dok acah-acah nak tangkap kasut aku (dari celah kerusi kat depan), tak pasti la kenapa. Hahah... excited dorang ni nak pergi Jejudo.
Sementara menunggu gate buka, tangkap gambar airport view dulu... "Heyyo Gimpo, wassup~" ;3
Beli strawberry juice dulu dari snack booth yang ada kat sebelah ni, awal tadi tak sempat nak breakfast kat hotel (hahah...)...
Periksa tiket lagi sekali (buat kali ke-berapa belas entah), sebab gate macam lambat betui nak buka... risau kalau-kalau kitorang tersilap tengok info. Hahah... cuak wei kalau tersilap flight info kat tempat orang :'3
Makin ramai orang, dah agak sesak ni menunggu gate buka, excited dorang ni nak terbang ke Jejudo. Ada ramai budak-budak teenagers (rombongan pelajar mungkin). Agaknya gate lambat buka dan buat rilek je sebab ini local flight, bukannya nak terbang keluar Korea...
Setelah sejam lebih berada di atas udara (from Seoul to Jejudo), kepulauan Jeju sudah berada di bawah flight ini. Pertama kali kitorang tengok Jejudo, rasa woahhh~ X3
Dah sampai Jeju airport tadi, kitorang pun dijemput oleh cik Raihan (tour guide). Ohsem betul naik kereta yang dia bawa sendiri kat sini, orangnya pun sempoi (dan comei, hehe...). Cuaca kat sini macam mandom sikit hari ni, ditambah dengan fenomena 'yellow dust' yang belum reda.
Lokasi pertama yang diterjah di Jejudo ialah, Gimnyeong Seongsegi beach :D
Let's go see what's interesting about this beach~ :3
Wild dandelions growing on white sand, I didn't know they could~ :3
White, sandy beach... with black rocky shores and seaweed, lots of seaweed. I think I've seen this view somewhere in my dream some time ago, seriously deja vu :3
Tengok kincir angin gergasi kat belakang tu, rasa macam gerun sikit, entah pasaipa. Ada satu tu takde wind blades, kena cabut terus kipasnya sebab ada blade yang patah selepas dipukul ribut kencang (info I got from Raihan, our tour guide). Set kipas yang barunya belum dipasang, maka gondol la kincir tu selagi tak dapat new blades.
Moving further towards the black rocky shores and seaweed :3
Would you look at that... huge abundance of seaweed, and they're mostly sea lettuce! (nyam nyam?) :3
Seaweeds are not plants, they're algae, and are actually protists (from the kingdom Protista).
Bergambar sikit kat pantai berbatu ni~ X3
Me and my sis, at Seongsegi beach, Jejudo ;3
My curiosity is slowly consuming my mind. I wonder what these sea lettuces taste like... I really want to know~ X3
No, no... it could be bad news for me if I eat them just like that. Think about something else! Look at the view, not the seaweed (but there's seaweed everywhere here)~ X3... *and the mind battle continued in my head for several minutes*
I... want... to... taste... the... sea... lettuce....really... wanna...
Seawater... is... so... clear... and clean... and... and... doesn't smell fishy... ermmmm...
Raihan told me that once there was this guy tourist (whom she had brought to this beach with her some time ago) got curious too and ate this seaweed. Nothing happened to the dude afterwards so... ah well, here I go... Y.O.L.O (You Only Live Once)~ X3

And, just as I predicted... they're FRIGGIN' YUMMEH!! Nyam nyam! I ate several blades of this delicious wild sea lettuce! Seriously! Rasa macam nak bungkus bawak balik untuk dimakan dengan maggi kari! *Oii, of course la aku tak buat macam tu pun (the bungkus-bawak-balik part), tak baik tau kalau ambil benda free banyak-banyak macam tu, hahaha* Kalau dorang jual ni, nak jugak aku beli. Huhuu... ( ~";^ w ^ )~


Selain sea lettuce (algae), ada juga sea anemone and other sea animals (maybe soft corals and sea worms).
Me, poking softly (using some unlucky gastropod as a tool) at some kind of a soft coral or sea anemone species. Masa air laut tengah surut ni (low tide), dorang tak keluarkan tentacles. Jadi, agak susah nak tentukan apa jenis haiwan laut ni. They squirt water out of their bodies and shrink when they're surprised, how gwiyeo (cute). Dalam gambar kat bawah ni, dia keluarkan tentacles di dalam air.
This looks like a mini marine aquarium, pretty and delicate. Dalam 'lopak' ni, boleh nampak haiwan dalam gambar yang kat atas tu tengah keluarkan tentacles (bahagian kiri-tengah gambar), sebab dia sedang terendam di dalam air. Anak ketam pun ada dalam lopak ni, so cute~ X3
Okeh, masa untuk ke destinasi lain pulak... we only have a day to enjoy Jejudo, huhuu...
Apa tu? Padi? Padi huma? Gandum? Kena pergi inspect ni...
Barley! Awwh teringat lagu Sting - "Fields of Gold". This is awesome! X3
"You'll remember me, when the west wind moves, upon the fields of barley. You'll forget the sun, in his jealous sky, as we walk in fields of gold" - Sting, in Fields of Gold.
Dandelions are here as well. Oh somebody is thinking about imitating a rather famous scene in the K-drama "Goblin", where the Goblin bride blows on a dandelion. Sabar je ler... lulz X3
Hahaha... ye, tiuplah bunga tu kak oii, tiuplah... aku ambil gambar elok-elok ni...
Dandelion yang sudah bersedia untuk terbang membawa benihnya ke lokasi lain pula...
Aku tak hairan sangat dengan bunga dandelion, aku hairan dengan barli... hahah~ X3
Kat ladang barli ni ada banyak serangga yang rupanya macam lalat. Cuak jugak aku kalau-kalau serangga ni jenis yang 'serang' mata orang ke apa, dah mula fikir bukan-bukan dah malam tu kat hotel bila sebelah mata aku tiba-tiba jadi merah. Fuuuh, nasib baik takde apa-apa, esok tu mata aku slowly jadi cerah semula. Aku sangat risau kalau-kalau ada larva serangga ke apa yarghhh nightmare! Syukur la takde apa-apa :"3

Okies, sekian dulu entri aku jalan-jalan Jejudo setakat ini, nantikan entri Day 3 (Part 2) yang akan muncul dalam masa beberapa hari lagi, InsyaaAllah. You'll be seeing more of Jejudo, and more of the amazing awesomeness that she has to offer ;3

My previous Korea trip entries:  

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )

Friday, July 7, 2017

Korea trip, Day 2 (Part 3) - Seoul

Salam 13 Syawal, dan Selamat Hari Raya ke-13 buat semua kaum Muslimin dan Musliman~ ;3
Amacam Aidilfitri kalian tahun ini? Ada yang masih beraya sampai ke hari ini ke? Weyhh... (~";^ w ^)~"
Statue of admiral Yi SunShin, at Gwanghwamun Plaza, Seoul.
Okay, berikut adalah sambungan 'report' aku berkenaan aktiviti merendek, merayau, jalan-jalan dan makan-makan di Seoul pada awal bulan Mei lepas, together with my sis, and Fahmi (our hired tour guide to show us around Seoul for 2 days). 
 
Dalam entri ini, aku akan highlight dua lokasi, iaitu Heritage Building di Gwanghwamun Plaza, dan Jogabi Seafood restaurant di Myeongdong. Okeh, kita sambung jejak perjalanan dari entri yang lepas...
On the way to catch a bus heading to Gwanghwamun plaza after spending enough time walking around Bukchon. Looking at the picture above, that is such a clever and adorable idea! Jadikan cermin sebagai 'canvas' portrait artist! Pandai betul dia 'melukis', hahaa~ XD... Ok, teruskan menapak...
Political posters of presidential candidates participating in the most recent election of the republic of South Korea... dan pemenangnya ialah, yang bernombor 1 itu. Ok, teruskan menapak...
Mana bus stand ni?... yarghhh teruskan exercise...
Bus stand dengan papan maklumat nombor bas dan route masing-masing. Tunggu bas yang bernombor 109, get ready tambang bas (berapa ratus won entah, aku dah lupa hahah...). Kitorang tak beli bus pass/card sebab bukan nak naik bas banyak kali pun kat sini, esok tu pulak dah nak fly ke Jejudo.
Kat sini ada insiden yang membuatkan kitorang cuak masa tengah duduk kat bench sambil menunggu bas. Tetiba je ada dua orang budak kecik Korean (around 4 and 7 years old, maybe) dok seronok main sepak-sepak bola mainan kat tepi jalan ni, sekali bola tu melantun dan bergolek ke tengah jalanraya yang sibuk tu. Aku memang dah mula rasa tak sedap hati dari awal lagi masa tengok bebudak tu dok main bola kat depan kitorang tadi. Bila bola dah mula pergi ke tengah jalan tu, we were like 'Oh nooo kid please don't cross the road', saying "Shiroh, shiroh... andwen!", tapi sorang budak tu macam nak pergi jugak ambil bola tu, lepas tu mak dia (kot) tetiba muncul dan macam bising-bising, maka budak tu pun cancel la niat dia nak kejar bola tu. Bola mainan itu kemudiannya dilanggar oleh kereta dan terpelanting jauh macam disepak pro footballer jauh ke mana ntah, hilang terus dari pandangan. Habis cerita. Lega kitorang tak perlu tengok kejadian ngeri berlaku depan mata di Korea ni. Moral of the story, wahai parents, jangan la bagi anak-anak korang main bola di tepi jalan, especially di tengah-tengah kota metropolitan yang sibuk ini.

Dah dapat naik bas, menuju ke destinasi seterusnya...
Dah sampai ke destinasi... dan itu dia, tugu King Sejong. Kat belakang tu ada Gwanghwamun gate, tersembunyi di sebalik stage sementara untuk program show apa entah. Aku ada nampak 2 buah box truck KBS kat sini, tapi tak nampak pulak kelibat mana-mana retis...
Ada SNS (social networking site) event... ada retis nak datang kot nanti kat sini, jumpa fans? :3
Sakan betul Korean traditional performers ni menari, one of Korean traditional dances...
Alright, seterusnya kitorang masuk ke dalam Heritage Building yang besar ni, naik lift dan turun ke level B2. Masuk sini tak dikenakan bayaran.
Admiral Yi SunShin's section...
Hasil lukisan kanak-kanak yang pernah datang ke sini dan join aktiviti melukis yang diadakan di sini...
Close-up sikit hasil lukisan bebudak ni, bersemangat bebudak ni datang sini belajar sejarah tokoh negara diorang. Macam-macam gaya bebudak ni lukis, tak pasti la pulak tema aktiviti lukisan dorang ni apa masa tu..., mungkin juga 'cita-cita'? :3
Kitorang pun rasa nak tinggalkan hasil tangan kat sini, maka melepaklah sekejap kat Korean calligraphy section ni dulu. Mamat Korean tu tengah tunjukkan macam mana nak tulis nama kitorang ni in Hangul characters.
My sis giving it a try first... japgi aku join... X3
Miahahaa... satu tu aku ambil nak simpan buat kenangan, satu lagi yang aku lukis dan tulis nama tu pulak, khas untuk tempat ni. Kat belakang tu ada banyak jugak hasil lukisan yang para pengunjung lain tinggalkan, samada ianya berkaitan dengan tokoh-tokoh Korea atau tidak, tak kisah pun... X3
Aku lukis apa yang ada dalam hotak aku je la masa ni, tak terfikir pulak nak google image admiral Yi SunShin via smartphone pastu lukis by referring image tu je kat situ. Hahah... maunya makan masa lebih sikit kalau macam tu... X3
Nah, terimalah inkwork neko (kucing) dari seorang pelancong acah-acah retis komik yang datang dari Malaysia ni... X3. *The blurry parts are intentional (digitally altered for privacy purpose).
Top 10 katanya, hahah... awwwh 'oppa', pandai mengambil hati tourists. Patut letak je la kat bawah-bawah tu, banyak lukisan merepek yang lari topik/tema ada kat bawah tu... X3
Lepas kitorang dah tengok The Story of Admiral Yi SunShin (4D short movie, kena pakai 3D glasses dan duduk atas seat yang bergerak-gerak, plus kena sembur dengan wap air) tadi, kitorang pun keluarlah dari Heritage Building... dan, aku ternampak ada box truck KBS channel kat luar ni! (LoL... itu yang aku jakunkan?) X3
Layan bunga lagi kat sini... trak KBS je yang ada pun, retis-retis yang selalu muncul dalam KBS channelnya tak ada... hahah
Lovely small daizies...
Alright, checking out tugu admiral Yi SunShin pulak kat sini...
Hari ni sejuk sikit, so tak ada adegan bebudak bermandi-manda ramai-ramai sambil melompat-lompat kat kawasan water fountain ni. Kalau waktu summer, memang dikatakan meriah la bebudak akan main air kat sini, and the water pressure of the fountains will be increased during that time.
Admiral Yi SunShin, standing proud and strong after winning a tough battle against the huge Japanese army battalion at sea. Hebat gila story pahlawan negara depa ni...
My battle weapon is... my smartphone? Boleh laa... X3
Okeh, teruskan menapak sambil sight-seing persis foreign tourist yang tipikal... melihat arca-arca aneh dan apa-apa jenis tarikan yang lain...
Oh ada lantern festival/show kat sungai cetek ni... sekarang ni tak meriah la, waktu malam nanti mesti cantik dan meriah kat sini...
Pretty lantern designs... must be lovely to be here tonight, tapi kitorang tak nak keluar merendek dah malam ni, got an early flight to catch tomorrow...
I can feel the festive spirit... ;3
Walking under the bridge... banyak jugak lanterns ni 'beratur' kat sini...
Berderet lagi kat depan sana...
Fish lanterns, how lovely... mesti lawa malam nanti :3
Pokok apa ni tak pasti, tapi bunga dia menarik, nampak macam salji. Dah naik tangga, going to cross the bridge pulak.
Imagine this view, at night time... ;3
On the bridge, facing west.
On the bridge, facing east. Hahah...
Have a blast for eternity, kids... seronok korang yer...
Masa untuk makan malam (early dinner)... at Jogabi Seafood restaurant ;3
Uuuu... let's check out the marine animals swimming in their aquarium tanks...
King crabs... big, expensive king crabs...
Sea squirts and octopuses...
Squids...
Lobsters...
Scallops, clams, abalones, mussels, cockles, oysters...
Dang... I ain't spending that much moneyh on seafood here, esok kitorang nak makan seafood stew kat Jejudo, sana lagi ohsem...
And so we ordered our dinner from this menu, clam noodle soup (my sis's) and oyster rice soup (mine)...
Tengah tunggu dinner sampai, layan artwork dinding restoran ni dulu... pacik kepsi dan bama pun ada...
My sis's dinner, noodle soup with clams and mussels. Around RM24...
Mine, oyster rice soup (tak serupa macam gambar dalam menu pun? huhuu). Makan sup tiram ni sekali dengan nasi dan kimchi, around RM28... boleh tahan la rasanya, isi tiramnya lembut dan tak liat ;3
Dah sudah dinner, kitorang pun menapaklah balik ke hotel Loisir. On the way, sempat lagi usha-usha aquarium seafood restaurants lain pula sepanjang jalan ni. Kat atas ni adalah red sea breams dan flounders (flat fish).
Sea squirts kat kedai lain ni lagi gemuk dan besar...
Dayumn, gila besar king crabs kat kedai lain ni, besar lagi dari yang ada kat Jogabi tadi... harga dia pun mesti gila (nasib baik aku bukan penggila ketam)...
Awwwh I know that 'adorable' familiar face, salah seekor daripada geng penunggu setia Loisir hotel. Nampak natang ni je, dah tau yang kitorang ni mesti dah dekat dengan entrance Loisir hotel.
View from our hotel room, boleh nampak bukit dan cable cars sedang bergerak. Hari ni baru noticed, semalam tak perasan pulak...
And, another picture of the view from our room. Ok... this is the last picture for now ;3
 Alrighty, sekian dulu entri aku jalan-jalan Seoul setakat ini, nantikan entri Day 3 (Part 1) yang akan muncul dalam masa beberapa hari lagi dalam bulan ini, InsyaaAllah. The next entry will be about my time spent in Jeju island ;3

My previous Korea trip entries: 

Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( =^w^= )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...